Saturday 3 September 2011

MOLEKUL AIR ZAM - ZAM

   Assalamualaikum.....setiap air mempunyai molekul...saintist membuat kajian terhadap molekul air...dapat molekulnya..tapi ada saintist bukan islam mengkaji air zam - zam! dia bukan islam tapi teteap nak mengkaji air zam -zam..iaitu DR.MASARU EMOTO dari jepun...gambar di bawah ialah molekul air zam - zam.f
MASYA ALLAH....

Tuesday 14 June 2011

Aku dan Kalian



Dimanakah cinta kalian
Di kala AKU memerlukan

Malam hari kalian ke masjid
Sedang di jalanan AKU merempit

Kalian sibuk bertilawah taranum Al-Quran
Sedang AKU dibiarkan tanpa panduan Al-Quran

Malam hari kalian bertahajud menyembah tuhan
Sedang AKU bersama rakan berpeleseran

Heboh kalian bercerita bab kemungkaran
Sedang AKU riang ria dibiarkan mencuri sakan

Bersusah payah kalian mencari redha tuhan
Hinggakan AKU dipandang hina tanpa kasihan

Perempuan motor dan rokok menjadi teman
Kerana kalian terlalu agung untuk diteman

Ana enta kalian berkasih sayang
Sedang AKU berabang sayang

Syurga menjadi matlamat kalian
Hingga AKU ke neraka kalian lupakan

Cinta kepada tuhan kalian kejarkan
Hingga tiada cinta kepada sahabat kalian

Adakah cinta dan syurga Allah hanya milik kalian
Sedang AKU dibiarkan tanpa tahu kewujudan?

Adakah hidup ini hanya kalian dan tuhan
Tanpa ada hubungan dengan persekitaran?

Siang malam kalian berusrah meningkatkan iman
Sedang AKU berpesta siang malam laki perempuan

Adakah keindahan usrah hanya untuk kalian
Sedang AKU dibiarkan maharajalela di jalanan?

Kalian begitu selesa
Sedang AKU sengsara

Andai aku ke neraka dan syurga milik kalian
Akan ku ungkit agar AKU bertemankan kalian!

“Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yg telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dlm Kitab (Al-Quran), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yg melaknat.” (2:159)

Saturday 11 June 2011

SULTAN JOHOR MANGKAT...



Kemangkatan DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
~Beliau ialah sultan yang berjiwa rakyat, tegas dan adil semasa pemerintahannya.
~Beliau juga adalah Yang Di Pertuan Agong yang ke 8.
~Membangunkan Negeri Johor sebagai salah satu negeri termaju di Malaysia.
~Beliau mangkat pada jam 7.15 malam di Hospital Seri Puteri Johor Bahru akibat Sesak nafas.
~Al-Fatihah.
semua pelajar sekolah memakai songkok berlilit putih sebagai tanda kesedihan ..

KENALI AQSA SYARIF



Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan ummat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”

Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukkan dan penjajahan haram oleh rejim zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

Aqsa Syarif
Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikkan Palestin dan dunia secara amnya.